KOK LANAS 1 januari – satu perasmian kejohanan sukan
tertutup Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu telah diadakan di
Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Perasmian diadakan bagi menerat kan
siraturahim pelajar politeknik kota bharu
Menurut Pengerusi Kejohanan sukan tertutup Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal PKB bagi kali ini, saudara Muhamad Hasani Bin Ismail,
kejohanan ini adalah yang kedua diadakan secara besar – besaran dan pada
kejohanan kali ini pihak penganjur telah mempertandingkan empat acara, yang
mana terdiri daripada Kejohanan Futsal, Kejohanan Badminton, Kejohanan Bola
Sepak padang, dan Kejohanan Bola Tampar yang menawarkan sebanyak 540
penyertaan. Namun penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur hanyalah
sebanyak 440 penyertaan, pun begitu penyertaan tersebut amat membanggakan
kerana telah mencapai 81.5% dari sasaran pihak penganjur.
Bagi kejohanan Futsal, ia telah diadakan di Hidayah
Futsal Center dengan penyertaan seramai 18 Pasukan, dan telah dirangkul
kejuaraannya oleh pasukan Belalang Fc. Bagi kejohanan Badminton pula, ia telah
disertai oleh 27 pasukan bagi beregu campuran, dan masing – masing 6 pasukan
bagi beregu campuran dan beregu perempuan. Manakala untuk merebut kejuaraan
Bola Sepak Padang, 18 pasukan berentap dengan menunjukkan kehebatan dan skill
yang tersendiri. Dengan penyertaan seramai 8 pasukan, bola tampar tetap meriah
dengan gelagat peserta.
Untuk kejohanan badminton ia diadakan di Dewan Jubli
Perak Politeknik Kota Bharu dengan kejuaraan menjadi milik pakatan Putra bagi
beregu campuran yang mana sungguh unik apabila kedua – dua ahli pasukannya
adalah pasangan adik – beradik. Bagi kejohanan bola sepak padang pula dengan
menewaskan pasukan Barracuda Fc di padang Politeknik Kota Bharu pasukan PPT
Sayur dengan mudah merebut kejuaraan Kejohahanan Bola Sepak Padang. Kejuaraan
Bola Tampar kategori lelaki pula menjadi milik DAD 5A, WhatEver pula menjadi
juara Bola Tampar bagi kategori perempuan.
Pada kejohanan kali ini, satu peraturan baru telah
dijalankan dengan setiap pemain beragama Islam Wajib menutup aurat. Menurut
pengarah program, ini adalah peraturan yang dilaksanakan setelah perbincangan
diantara ahli Jawatankuasa Persatuan diadakan. Ini kerana sesuai dengan
tuntutan agama yang melarang umat islam untuk tidak menutup aurat.
“kejohanan sukan tertutup ni, kita ambil ketetapan
untuk membenarkan hanya satu acara bagi seorang pelajar. Ini kerana, tempat
atau penyertaan disediakan terhad, sedangkan kita perlu mengcover
hamper 1500 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal” ulas ketua penasihat PPKM
PKB,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu
akan diadakan program’Wajib Laksana’ bagi setiap Semester memandangkan sambutan
yang diterima menggalakkan dan mendapat permintaan dalam kalangan pelajar Jabatan
kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu.
Harapan pihak penganjur kepada seluruh pelajar Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal adalah, diharapkan dapat memeriahkan lagi kejohanan
sukan tertutup Jabatan kejuruteraan Mekanikal dengan menyertai kejohanan sukan
tertutup yang akan dijalankan lagi selepas ini. Ini kerana, setiap
penyertaan adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bagi setiap
penyertaan.
“bagi semester
hadapan, kami mencadangkan untuk menggunakan teknologi yang ada, yang mana
setiap penyertaan harus dilakukan oleh politeknik kota bharu