Saturday, February 22, 2014

sukan Politeknik Kota Bharu















































































KOK LANAS 1 januari – satu perasmian kejohanan sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu telah diadakan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Perasmian diadakan bagi menerat kan siraturahim pelajar politeknik kota bharu


Menurut Pengerusi Kejohanan sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB bagi kali ini, saudara Muhamad Hasani Bin Ismail, kejohanan ini adalah yang kedua diadakan secara besar – besaran dan pada kejohanan kali ini pihak penganjur telah mempertandingkan empat acara, yang mana terdiri daripada Kejohanan Futsal, Kejohanan Badminton, Kejohanan Bola Sepak padang, dan Kejohanan Bola Tampar yang menawarkan sebanyak 540 penyertaan. Namun penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur hanyalah sebanyak 440 penyertaan, pun begitu penyertaan tersebut amat membanggakan kerana telah mencapai 81.5% dari sasaran pihak penganjur.

Bagi kejohanan Futsal, ia telah diadakan di Hidayah Futsal Center dengan penyertaan seramai 18 Pasukan, dan telah dirangkul kejuaraannya oleh pasukan Belalang Fc. Bagi kejohanan Badminton pula, ia telah disertai oleh 27 pasukan bagi beregu campuran, dan masing – masing 6 pasukan bagi beregu campuran dan beregu perempuan. Manakala untuk merebut kejuaraan Bola Sepak Padang, 18 pasukan berentap dengan menunjukkan kehebatan dan skill yang tersendiri. Dengan penyertaan seramai 8 pasukan, bola tampar tetap meriah dengan gelagat peserta.

Untuk kejohanan badminton ia diadakan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu dengan kejuaraan menjadi milik pakatan Putra bagi beregu campuran yang mana sungguh unik apabila kedua – dua ahli pasukannya adalah pasangan adik – beradik. Bagi kejohanan bola sepak padang pula dengan menewaskan pasukan Barracuda Fc di padang Politeknik Kota Bharu pasukan PPT Sayur dengan mudah merebut kejuaraan Kejohahanan Bola Sepak Padang. Kejuaraan Bola Tampar kategori lelaki pula menjadi milik DAD 5A, WhatEver pula menjadi juara Bola Tampar bagi kategori perempuan.

Pada kejohanan kali ini, satu peraturan baru telah dijalankan dengan setiap pemain beragama Islam Wajib menutup aurat. Menurut pengarah program, ini adalah peraturan yang dilaksanakan setelah perbincangan diantara ahli Jawatankuasa Persatuan diadakan. Ini kerana sesuai dengan tuntutan agama yang melarang umat islam untuk tidak menutup aurat.

“kejohanan sukan tertutup ni, kita ambil ketetapan untuk membenarkan hanya satu acara bagi seorang pelajar. Ini kerana, tempat atau penyertaan  disediakan terhad, sedangkan kita perlu mengcover hamper 1500 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal” ulas ketua penasihat PPKM PKB,

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu akan diadakan program’Wajib Laksana’ bagi setiap Semester memandangkan sambutan yang diterima menggalakkan dan mendapat permintaan dalam kalangan pelajar Jabatan kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu.

Harapan pihak penganjur kepada seluruh pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah, diharapkan dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan tertutup Jabatan kejuruteraan Mekanikal dengan menyertai kejohanan sukan tertutup yang akan dijalankan lagi selepas ini.  Ini kerana, setiap penyertaan adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bagi setiap penyertaan.

 “bagi semester hadapan, kami mencadangkan untuk menggunakan teknologi yang ada, yang mana setiap penyertaan harus dilakukan oleh politeknik kota bharu